Sejarah

Sejarah Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Maokil, Labis telah dibuka pada 1 Jun 1995. Pembukaan sekolah ini adalah ekoran daripada pertambahan bilangan pelajar Felda Maokil yang mengalami masalah pengangkutan untuk berulangalik kira-kira 32 km dari Felda Maokil ke Sekolah Menengah Kebangsaan Chaah.



Sekolah ini dibina di atas tapak seluas 11,089 hektar. Sekolah Menengah Kebangsaan Maokil memulakan sesi persekolahan buat pertama kalinya pada tanggal 1 Jun 1995. Pada ketika itu sekolah ini hanya mempunyai seramai 328 orang. Pengetua pertama ialah Tuan Haji Abbas bin Abdul Rahman dengan dibantu oleh 26 orang guru, pekerja am, seorang pembantu makmal dan seorang kerani.





Mulai 15 Februari 1997, Encik Md. Esa bin Sudir telah menggantikan Tuan Haji Abbas bin Abdul Rahman sebagai Pengetua sekolah ini hingga 30 April 2001. Pada 1 Mei 2001, jawatan Pengetua sekolah telah diambil alih oleh Encik Md. Isa bin Hassan menggantikan Encik Md. Esa bin Sudir setelah beliau bertukar menjadi Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang, Labis. Sekolah ini telah berjaya melaksanakan Sistem Kualiti yang menepati MS ISO 9002 : 1994 pada tahun 2001 di bawah pimpinan Encik Md. Esa bin Sudir sebagai pengetua pada masa itu. Tuan Haji Abdul Manan bin Mohd. Bandi mengambil alih tugas Pengetua pada 16 Jun 2004 hingga 23 Mei 2005. Bermula pada 16 Jun 2006, Puan Noor Hashimah bin Haji Hassan telah memegang jawatan Pengetua sekolah ini hingga sekarang.
Pertambahan guru adalah berikutan daripada peningkatan jumlah pelajar yang mendaftar di sekolah ini. Pada tahun 1995, bilangan pelajar hanya seramai 328 orang sahaja tetapi selepas empat tahun berlalu (1999) bilangan pelajar meningkat tahap yang paling ramai iaitu seramai 927 orang dan pada tahun 2007, sekolah mempunyai seramai 575 orang. Semua pelajar sekolah ini terdiri daripada anak peneroka, kakitangan Felda Maokil dan anak guru-guru yang berbangsa Melayu.





     Pada 1 Jun 1995, pelajar pertamanya terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 (1 kelas ), Tingkatan 2 ( 3 kelas ) dan Tingkatan 1 ( 4 kelas ) mula didaftarkan. Pada 1 Januari 1998 aliaran sains telah didaftarkan di sekolah ini dan pada tahun 1998 mata pelajaran Prinsip Akaun telah diperkenalkan kepada pelajar sekolah ini. Mulai Januari 2002 matapelajaran Sains Tambahan telah didaftarkan kepada pelajar Tingkatan 4 untuk memenuhi matlamat kerajaan 60 : 40 bagi aliran sains dan sastera.










 
Pada awal pembukaan sesi persekolahan hingga kini, sekolah ini hanya menjalankan sekolah satu sesi sahaja dengan bilangan kelas sebanyak 19 buah dan dua buah kelas Pendidikan Khas. Mulai 2005, kelas MPV (Lanskap dan Nurseri) mula dibuka dan peperiksaan SPM bagi matapelajaran ini buat pertama kalinya adalah pada 2006. Pada tahun 2008, seramai 14 orang pelajar tingkatan satu telah terpilih untuk Kelas Rancangan Khas di sekolah ini.

STATUS TERKINI FB SMK MAOKIL