SMK Maokil sekali lagi dikunjungi Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin. Kunjungan ini merupakan kunjungan kali kedua sejak
Ogos 2011. Dalam majlis ini YAB Tan Sri telah menyampaikan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013 untuk para pelajar SMK Maokil, SK LKTP Maokil 1 dan SK LKTP Maokil 2 serta meluangkan masa bersama rakyat khususnya masyarakat Felda Maokil. Pelajar-pelajar Parlimen Pagoh yang cemerlang dalam peperiksaan PMR 2012 juga diberikan penghargaan melalui insentif Sekretariat Pendidikan Parlimen Pagoh yang juga dinaungi YAB Tan Sri Hj. Muhyiddin. Majlis berakhir jam 10.30pagi sebelum YAB Tan Sri berangkat ke Bukit Kepong.
 |
YAB TPM bersama rakyat |
 |
Penyampaian Insentif kepada Pelajar Cemerlang PMR 2012 sekolah-sekolah Parlimen Pagoh |
 |
Pelajar menerima Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013 |
 |
Pelajar SMK Maokil berkesempatan menemuramah YAB Tan Sri |
Lagi foto sepanjang majlis
di sini