Wednesday, July 3, 2013

Kursus Mengendalikan Laman Web SMK Maokil

Pada 3 Julai 2013, pelajar tingkatan 4 Amanah telah menyertai kursus  Mengendalikan Laman Web SMK Maokil yang diadakan di Makmal Iskandar. Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kemahiran dalam bidang IT. Kursus ini telah dianjurkan oleh kelab Buletin Sekolah 2013, yang dibimbing oleh En.Zainal Bin Zabir.



Peserta Kursus Mengendalikan Laman Web SMK Maokil
jangan lupa LIKE
 

Kursus Membuat Laman Web SMK MAOKIL



Pada 3 Julai 2013, kursus membuat laman web ini telah diadakan di Makmal Iskandar. Program ini dianjurkan oleh kelab buletin sekolah yang disertai oleh keseluruhan pelajar tingkatan 4 Amanah. Beberapa orang guru turut memantau aktiviti pelajar sepanjang program ini dijalankan.


 Pelajar-pelajar yang tekun belajar


    



 

Friday, February 22, 2013

Acara: Kejohanan Ragbi MSSD Segamat 2013

pada 21 dan 22 Februari 2013, SMK Maokil telah menjadi tuan rumah bagi kejohanan Ragbi MSSD Segamat. Kejohanan disertai 4 buah sekolah daerah Segamat. Berikut merupakan kedudukan pasukan selepas Majlis Penutup yang dirasmikan oleh YDP PIBG SMK Maokil, En. Kaulan bin Ngadiran.

Pertama:          Kolej Vokasional Segamat
Kedua  :          SMK Seri Kenangan
Ketiga  :          SMK Tinggi Segamat
Keempat:        SMK Bandar Putra





lagi foto di sini

Acara: Minggu Bahasa Inggeris

Pada hari Isnin, 18 Februari 2013 telah diadakan Perasmian Minggu Bahasa oleh Tuan Pengetua Pn. Hjh. Noor Hasimah binti Hj. Hassan. Minggu Bahasa 2013 bermula dengan Minggu Bahasa Inggeris pada 18 Februari hingga 22 Februari manakala Minnggu Bahasa Melayu pada 25 Februari hingga 1 Mac. Pelbagai aktiviti telah dan akan berjalan sepanjang dua minggu ini.





lagi foto di sini

Friday, January 25, 2013

Berita: Majlis TPM Bersama Rakyat & Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013

SMK Maokil sekali lagi dikunjungi Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin. Kunjungan ini merupakan kunjungan kali kedua sejak Ogos 2011. Dalam majlis ini YAB Tan Sri telah menyampaikan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013 untuk para pelajar SMK Maokil, SK LKTP Maokil 1 dan SK LKTP Maokil 2 serta meluangkan masa bersama rakyat khususnya masyarakat Felda Maokil. Pelajar-pelajar Parlimen Pagoh yang cemerlang dalam peperiksaan PMR 2012 juga diberikan penghargaan melalui insentif Sekretariat Pendidikan Parlimen Pagoh yang juga dinaungi YAB Tan Sri Hj. Muhyiddin. Majlis berakhir jam 10.30pagi sebelum YAB Tan Sri berangkat ke Bukit Kepong.


YAB TPM bersama rakyat

Penyampaian Insentif  kepada Pelajar Cemerlang PMR 2012 sekolah-sekolah Parlimen Pagoh

Pelajar menerima Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013
Pelajar SMK Maokil berkesempatan menemuramah YAB Tan Sri


 Lagi foto sepanjang majlis di sini







STATUS TERKINI FB SMK MAOKIL