Monday, May 14, 2012

Antarabangsa: Lintas Langsung SKYPE bersama Pelajar ke INTEL ISEF

*Terlebih dahulu pihak pentadbir web memohon maaf kerana kemaskini web sepanjang April kerana masalah talian internet.


Pada Jumaat 11 Mei 2012 kumpulan anak didik Cik Nadiah telah selamat berlepas ke USA. Mereka kini di lokasi ISEF membawa nama negara ke satu tahap yang lebih tinggi dan boleh dibanggakan.


INTEL ISEF
Bersempena dengan Hari Guru dan kehadiran anak didik Cik Nadiah di sana, pihak sekolah dan INTEL Malaysia akan mengadakan lintas langsung SKYPE dengan anak didik Cik Nadiah.

Lintas Langsung SKYPE Sekolah-Peserta ISEF
16 Mei 2012
Masa: 10.00 pagi
Test Run: 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada 15 Mei dengan webcast
Webcast: WEBCAM SEKOLAH


Lintas Langsung SKYPE di antara INTEL Malaysia-Peserta ISEF
17 Mei 2012
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Intel Kuala Lumpur

Bersama-sama kita doakan yang terbaik buat wakil-wakil negara amnya dan pelajar dari SMK Maokil khususnya. Malaysia Boleh!

4 comments:

  1. Terima Kasih En Zainal Zabir dan Jawatankuasa yang terlibat mengendalikan "Program Lintas Langsung Skype". Semoga urusan ini dipermudahkan. Selamat Berjaya. Smk Maokil Sekolah Felda Unggul...(Catatan: Pengetua Pn Hjh Noor Hashimah bt Hassan)

    ReplyDelete
  2. Cik Mah Maokil.15/5/12 8:44 PM

    Sempena Hari Guru saya mengambil kesempatan mengucapkan " Selamat Hari Guru " kepada semua Guru-Guru yang telah mencurahkan khidmat bakti yang tidak ternilai atas usaha membimbing anak bangsa ke mercu kejayaan seperti yang tercatat sekarang.Moga Allah memberkati segala usaha jujur ikhlas anda semua.Good luck For You.SMK Maokil..wa caya luu....

    ReplyDelete
  3. Thanks Cg Nadia, Sufi, Ain dan Nadia kerana mengikuti lintas langsung dari USA bersama warga SMK Maokil....paling best org di USA menyanyi lagu sama2 pada majlis penutup Sambutan hari guru peringkat sekolah........

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru SMK Maokil...Jasa dan pengorbananmu tetap dikenang hingga akhir hayat....terima kasih kepada guru2 yg pernah mengajar di kelas 5 Prinsip Akaun 2 tahun 2002....

    ReplyDelete

STATUS TERKINI FB SMK MAOKIL