Wednesday, February 29, 2012

Acara: Kursus Kemahiran Bertutur Koperasi anjuran Angkasa

Pada29 Februari 2012 telah berlangsung Kursus Kemahiran bertutur anjuran koperasi sekolah dengan kerjasama Angkasa. Kursus ini disertai pelajar-pelajar tingkatan 4 SMK Maokil dan dikendalikan oleh pegawai pelajaran Angkasa iaitu En. Hasbullah bin Hamdin. Para pelajar dibimbing bertutur dalam cara yang betul dan lebih yakin. Kursus bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.




lebih banyak gambar di sini

Acara: Penjurian Anugerah PSS Peringkat Kedua

Pada 28 Februari PSS sekali lagi dipantau oleh juri-juri kali ini daripada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor untuk menentukan tempat dalam kedudukan 3 terbaik bagi Anugerah PSS terbaik Luar Bandar Peringkat Negeri Johor. SMK Maokil merupakan salah sebuah sekolah yang tersenarai dalam senarai 4 sekolah terbaik PSS Luar Bandar peringkat pertama. Apakah keputusannya? Kita nantikan sahaja dalam masa terdekat ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada unit PSS yang diketuai Cik Wan Zarina binti Wan Ismail.




lebih banyak gambar di sini

Acara: Program Motivasi Penjaga & Pelajar Calon SPM serta PMR

Pada 27 Februari telah berlangsung program Motivasi pelajar dan penjaga calon-calon SPM dan PMR. Program tersebut dikendalikan oleh unit kaunseling. Penceramah pada program tersebut adalah Cr. Tn. Hj. Hushim bin Hj. Salleh, seorang kaunselor, perunding motivasi dan pengarah urusan Hushim Motivational & Counseling Consultancy. Dalam program ini penglibatan ibu bapa/penjaga juga menjadi aspek utama dalam memupuk motivasi calon-calon PMR dan SPM pada tahun ini. Semoga impak daripada program ini melahirkan semangat baru kepada pelajar-pelajar khususnya dalam menghadapi peperiksaan dan kehidupan amnya.



 
lebih banyak gambar di sini

Acara: Latihan Dalam Perkhidmatan 1 2012

LDP 1 telah diadakan pada 27 Februari 2012. Dua pembentangan dijalankan iaitu oleh En. Vincent Chua dari United Asia Fire Prevention Service Sdn. Bhd. yang bertajuk Kaedah Menghadapi Bencana Kebakaran dan En. Rosli bin Che Man, GPK Hem membentangkan Modul Guru Penyayang. LDP bermula jam 2.00ptg hingga 4.30ptg. Pembentangan dari kedua-dua pembentang pada hari tersebut sangat penting buat semua guru untuk meningkatkan prestasi kerja dan menambahkan ilmu pengetahuan.




lebih banyak gambar di sini

Tuesday, February 28, 2012

Umum: Program 1Murid 1Sukan 2012

Menyahut seruan kerajaan melalui dasar Kementerian Pelajaran Malaysia, aktiviti 1Murid 1Sukan dijalankan dengan jayanya setakat ini di SMK Maokil. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pelajar kerana setiap aktiviti yang dijalankan setakat ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Setiap minggu setiap pelajar akan mengikuti aktiviti 1M1S sekurang-kurangnya 90minit tidak termasuk aktiviti kokurikulum yang lain. Bagi memahami dengan lebih lanjut tentang program 1M1S, sila muat turun;


Berikut di antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program 1M1S bulan Februari





lebih banyak gambar di sini

Komuniti: Maulidur Rasul 1433H Felda Maokil

Pada 18 Februari yang lalu telah berlangsung sambutan Maulidur Rasul 1433H peringkat Felda Maokil. Pelajar SMK Maokil turut terlibat dalam acara ini yang berlangsung meriah bermula dengan perarakan dari SK Maokil 2 menuju ke masjid Felda Maokil. Semoga persefahaman sesama kita, menjadi asas kepada perpaduan ummah keseluruhannya.


lebih banyak gambar di sini

Sunday, February 26, 2012

Komuniti: LTDL 2012 (30 gambar)

Le Tour De Langkawi kali ini menempatkan laluan Melaka-Tangkak-Labis-Chaah-Parit Sulong sebagai salah satu peringkatnya. Peringkat ketiga ini berlangsung pada 26 Februari 2012. Secara tidak langsung juga laluan ini memberi peluang buat warga Felda Maokil bersama-sama memeriahkan acara tahunan ini. Peserta LTDL melalui simpang Felda Maokil kira-kira jam 1.15petang.



 lagi gambar selepas

Friday, February 24, 2012

Berita: SMK Maokil Akan ke USA

Sekali lagi kumpulan anak didik Cik Nadiah binti Md. Salleh akan ke luar negara. Kali ini dengan misi yang lebih besar kerana membawa nama negara. Berikut adalah butiran aktiviti yang akan disertai:

Nama Program: Pertandingan Inovasi Sains dan Kejuruteraan Intel, ISEF ; International Science & Engineering Fair


Tempat            : Pittsburgh, Pennsylvania, USA
Tarikh              : 13 hingga 18 Mei 2012
Nama projek   : Cassava Stem Core as Heat Insulator
Ahli Kumpulan : Cik Nadiah binti Md. Salleh (Guru pembimbing), Nurul Nadiah Rusli, Sufi Syahadah Mohd Ali dan Norain Kambali

Selamat berjuang bakal perwira-perwira negara! maklumat lanjut tentang Intel-ISEF

Acara: Mesyuarat Agung Koperasi 2012

Pada 24 Februari 2012 telah berlangsung Mesyuarat Agung Koperasi Kali ke 11. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Pengetua, Pn. Hjh Noor Hashimah binti Hj Hassan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada ALK 2011 dan selamat bertugas buat ALK 2012. Semoga koperasi akan menjadi lebih baik pada masa akan datang.


lebih banyak gambar di sini

Tuesday, February 21, 2012

Acara: Pertandingan Petanque Pendidikan Khas Daerah Segamat

Pada 21 Februari 2012 SMK Maokil telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Petanque Pendidikan Khas daerah Segamat. Kejohanan disertai 12 buah sekolah diwakili pelajar-pelajar pendidikan khas daerah Segamat. Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Naib YDP PIBG SMK Maokil En. Miskam bin Sarman. Johan keseluruhan untuk tahun ini jatuh kepada SMK Labis.


lebih banyak gambar di sini

Perkembangan: Pembinaan Dewan Februari 2012 (13 Gambar)

Dewan baharu SMK Maokil hampir 95% siap. Apabila siapnya dewan kelak, lebih banyak acara dapat dijalankan di SMK Maokil.


lagi gambar selepas

Acara: Perasmian Program Kecemerlangan HEM & Watikah Pelantikan Pengawas 2012

Pada 17 Februari yang lalu telah berlangsung Majlis Perasmian Program Kecemerlangan HEM & Watikah Pelantikan Pengawas 2012. Majlis dirasmikan oleh ASP Chandran a/l Rajamanikam dari IPD Muar. Beliau juga telah menyampaikan watikah pelantikan kepada setiap pengawas untuk tahun ini diketuai Cik Siti Zakiah binti Isman. Semoga sahsiah dan disiplin setiap pelajar SMK Maokil semakin cemerlang hari demi hari.


lebih banyak gambar di sini

Thursday, February 16, 2012

Acara: Penjurian Pusat Sumber Cemerlang oleh Delegasi PKG Negeri Johor

Pada 17 Februari 2012 telah berlangsung penjurian PSS Cemerlang Negeri Johor. SMK Maokil mewakili daerah Segamat dalam kategori PSS Luar Bandar. Juri-juri terdiri daripada wakil-wakil PKG daerah seluruh Johor. Syabas dan tahniah diucapkan kepada unit PSS SMK Maokil yang diketuai Cik Wan Zarina kerana berjaya mewakili daerah Segamat.


lagi gambar selepas

Wednesday, February 15, 2012

Acara: Mesyuarat Peperiksaan STAM Negeri Johor & Mesyuarat Kejohanan Petanq Pendidikan Khas Daerah Segamat

Pada 15 Februari 2012 SMK Maokil telah menjadi tuan rumah bagi 2 buah mesyuarat iaitu Mesyuarat Peperiksaan STAM Negeri Johor dan Mesyuarat Kejohanan Petanq Pendidikan Khas Dearah Segamat. Mesyuarat bermula kira-kira jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari. SMK Maokil sangat berbesar hati menerima kehadiran semua delegasi.

Mesyuarat Peperiksaan STAM di bilik gerakan

Mesyuarat Pendidikan Khas di bilik media


lagi gambar di sini



Monday, February 13, 2012

Acara: Perasmian Program Kokurikulum dan Penyampaian Hadiah Rentas Desa 2012

Pada 13 Februari 2012 telah berlangsung Pelancaran Program Kokurikulum SMK Maokil. Pada majlis yang sama telah berlangsung upacara penyampai hadiah bagi kejohanan merentas desa peringkat sekolah yang diadakan pada 1 Februari yang lalu. Majlis dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Puan Hjh. Noor Hashimah binti Hj. Hassan.


 lagi gambar selepas

Friday, February 10, 2012

Acara: Pelancaran Program Kecemerlangan Akademik 2012 dan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan 2011

Pada 10 Februari 2012 telah diadakan Majlis Perasmian Program Kecemerlangan Akademik 2012 dan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan 2011. Majlis perasmian dan penyampaian hadiah tersebut disempurnakan oleh Tn. Hj . Sa'adon bin Jonit, YDP PIBG SMK Maokil. Berikut merupakan senarai penerima anugerah:


[KLIK UNTUK PAPAR]



Acara: Mesyuarat Agung Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Daerah Segamat ke-50

Pada 2 Februari 2012 telah berlangsung mesyuarat Majlis Pengetua Sekolah Malaysia di SMK Maokil. Majlis Dipengerusikan olen Tuan Pengetua, Puan Hjh. Noor Hashimah binti Hj. Hassan dan disertai oleh pengetua-pengetua sekolah menengah daerah Segamat. Majlis bermula jam 11.30 pagi dan berakhir jam 5.00ptg.

 lagi gambar selepas

Saturday, February 4, 2012

Media: Timelapse Rentas Desa MSSD Segamat 2012

Berikut merupakan rangkuman 1 minit keseluruhan acara Rentas Desa MSSD Segamat 2012 yang telah berlangsung di SMK Maokil pada 4 Februari 2012

Acara: Rentas Desa MSSD Segamat 2012

Tempat: SMK Maokil
Tarikh  :4 Februari 2012, Sabtu
Masa   : 8.00 pagi
Live web cast bermula 8.00 pagi di garisan permulaan/penamat

Perkembangan: Pembinaan Dewan Februari 2012 (12 Gambar)

Dewan sekolah 90% siap dan menunggu sedikit masa lagi untuk dapat digunakan sepenuhnya. Lebih banyak acara dan aktiviti dapat dijalankan seterusnya menggemilangkan kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum SMK Maokil. Sama-sama kita nantikannya.


Lagi Gambar selepas

Berita: SMK Maokil Gemilang Pada Majlis Anugerah Kecemerlangan KoKurikulum Daerah Segamat

19 Januari 2012 merupakan hari buat SMK Maokil. Sebanyak 5 anugerah penting kokurikulum daerah Segamat berjaya digondol SMK Maokil. Berikut adalah senarai anugerah yang diterima:

1.  Anugerah Sekolah Cemerlang Kokurikulum Sekolah Menengah Luar Bandar
2.  Anugerah Pengurusan Kokurikulum Terbaik
3.  Anugerah Kelab Persatuan Terbaik
4.  Anugerah Guru Pembimbing Terbaik
5.  Anugerah Penglibatan Antarabangsa

Hadiah disampaikan oleh Tn. Hj. Shaharudin bin Hj. Sharif, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Johor bertempat di SMK Bandar Putra.


Friday, February 3, 2012

Berita: Orientasi Pelajar Tingkatan 1 & 4

Pada 5 hingga 9 Januari telah berlangsung orientasi pelajar tingkatan 1 dan 4. Seramai 66 orang pelajar tingkatan 1 memulakan alam serba baru persekolahan manakala 91 orang pelajar tingkatan 4 meneruskan perjuangan bergelar pelajar menengah atas di SMK Maokil. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh tuan pengetua, Pn Hjh. Noor Hashimah binti Hj Hassan. Semoga kehadiran anda di SMK Maokil, memangkin kecemerlangan sekolah.







Thursday, February 2, 2012

Wednesday, February 1, 2012

Acara: Rentas Desa Peringkat Sekolah 2012

Kejohanan Rentas Desa Peringkat Sekolah 2012 SMK Maokil


Tarikh      :   1 Februari 2012
Bermula 3.30 petang dan penamat dijangka pada 4.30 petang ke atas.

Siaran Web Langsung (Live Web Cast) akan bermula jam 3.30 ptg. Kamera akan ditempatkan di garisan permulaan dan penamat.

*Bandwith terhad akan menyebabkan tidak semua pengunjung boleh menonton dalam satu-satu masa



Acara telah tamat. Acara Selanjutnya: Rentas Desa MSSD Segamat 4 Februari 2012 8.00 pagi

STATUS TERKINI FB SMK MAOKIL