Thursday, September 6, 2012

Utiliti: Jadual Waktu Untuk Java enabled phone

Download 2 fail di sini.

Untuk telefon bimbit yng menyokong Java sahaja. Android akan menyusul kemudian.

Thursday, June 21, 2012

Pengumuman: Hari Koperasi Sekolah 2012

Hari Koperasi Sekolah (HKS) datang lagi. Semua dijemput hadir dan jangan lepaskan peluang cabutan bertuah utama iaitu percutian 3 hari 2 malam di Swiss Garden Kuantan!

Tarikh   : 27 Jun 2012/ Rabu
Masa    : 9.00 pg hingga 2.00 ptg
Tempat : SMK LKTP Maokil


Thursday, May 17, 2012

Acara: Sidang Video Langsung Peserta Intel ISEF dengan Media, Penjaga & Guru

Pada 17 Mei 2012, pihak Intel Malaysia telah menjemput ibu dan bapa pelajar peserta Intel ISEF, wakil guru dan media ke ibu pejabat Intel Malaysia di Kuala Lumpur untuk bersama-sama menjayakan sidang video langsung bersama peserta Intel-ISEF di Pittsburgh USA. Turut berlangsung sidang media bagi memberitahu perkembangan peserta-peserta Malaysia di sana. Sama-sama kita nantikan berita gembira dari sana.






Acara: Sambutan Hari Guru 2012

16 Mei kembali lagi. Sambutan kali ini sangat meriah dengan pelbagai pengisian. Di antaranya adalah penyampaian hadiah penghargaan kepada guru, lintas langsung SKYPE dengan peserta Intel-ISEF, sukaneka, siaran langsung hari guru kebangsaan dan persembahan pelajar. Berikut di antara foto sambutan (13 gambar) lebih banyak gambar di sini

Sesi ucapan dan bacaan perutusan

Hadiah penghargaan guru

Potong kek
 lagi gambar selepas

Tuesday, May 15, 2012

Monday, May 14, 2012

Antarabangsa: Lintas Langsung SKYPE bersama Pelajar ke INTEL ISEF

*Terlebih dahulu pihak pentadbir web memohon maaf kerana kemaskini web sepanjang April kerana masalah talian internet.


Pada Jumaat 11 Mei 2012 kumpulan anak didik Cik Nadiah telah selamat berlepas ke USA. Mereka kini di lokasi ISEF membawa nama negara ke satu tahap yang lebih tinggi dan boleh dibanggakan.


INTEL ISEF
Bersempena dengan Hari Guru dan kehadiran anak didik Cik Nadiah di sana, pihak sekolah dan INTEL Malaysia akan mengadakan lintas langsung SKYPE dengan anak didik Cik Nadiah.

Lintas Langsung SKYPE Sekolah-Peserta ISEF
16 Mei 2012
Masa: 10.00 pagi
Test Run: 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada 15 Mei dengan webcast
Webcast: WEBCAM SEKOLAH


Lintas Langsung SKYPE di antara INTEL Malaysia-Peserta ISEF
17 Mei 2012
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Intel Kuala Lumpur

Bersama-sama kita doakan yang terbaik buat wakil-wakil negara amnya dan pelajar dari SMK Maokil khususnya. Malaysia Boleh!

Thursday, March 22, 2012

Acara: Lawatan Menanda Aras PSS oleh SMK Munshi Ibrahim Labis

Pada 22 Mac 2012 satu delegasi menanda aras dari SMK Munshi Ibrahim telah melawat SMK Maokil dan menanda aras Pusat Sumber Sekolah. Lawatan menanda aras ini diketuai Puan Kazaliah binti Jamil, guru perpustakaan SMK Munshi Ibrahim dan disertai guru-guru lain bermula jam 2.30 petang dan berakhir kira-kira 5.00 petang. Sesungguhnya yang baik itu wajar dikongsi dan yang buruk itu bersama dijauhi.





lebih banyak gambar di sini

Wednesday, March 21, 2012

Berita: Keputusan SPM 2011

Pada 21 Mac 2012 pelajar-pelajar SPM 2011 menerima keputusan SPM masing-masing bermula jam 10.30 pagi. Sebelum itu telah berlangsung Majlis Penyampaian Keputusan Cemerlang SPM 2011 yang disempurnakan oleh YDP PIBG baharu SMK Maokil iaitu Encik Kaulan bin Ngadiran. Syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar cemerlang khasnya dan semua pelajar SPM 2011 umumnya.

Senarai Pelajar Cemerlang

Atiqah binti Muhadi 7A, 3B


6A
Radin Noor Farahana Afifi binti Radin Roslee
Mohd Nazre bin Md. Najib
Mohamad Azam bin Ramly
Mohd Aziz bin Mafrodi

5A
Nur Nadiah binti Shafie
Nur Faseha binti Mohd Zailan
Mizura binti Bahrim
Citi Nurullaila binti Risan
Muhammad Firdaus bin Senawi
Adlin Masitah binti Ya'acob
Nurul Atikah binti Norzin

4A
Siti Fatimah binti Tolip
Mohd Amirul Rafiq bin Mazlan
Siti Nadia binti Ngatiran
Nur Nazura binti Tumari
Nurul Ana Syahida binti Murad
Siti Hajar binti Esa







Tahniah dan syabas!

lebih banyak gambar di sini

Tuesday, March 20, 2012

Pengumuman: Jadual Waktu 20 Mac 2012

PINDAAN 3: 20 MAC 2012

untuk jadual-jadual lama sila ke sini
sila refresh jika jadual gagal dipaparkan

Tuesday, March 13, 2012

Pengumuman: Keputusan SPM 2011


Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.

Sekian, terima kasih.


Thursday, March 8, 2012

Acara: Mesyuarat agung PIBG

Pada 8 Mac 2012 telah berlangsung mesyuarat Agung PIBG SMK Maokil. Mesyuarat dirasmikan oleh Y.B Senator Puan Hjh. Noriah binti Mahat  (AMN, PPN, PIS) Ahli Dewan Negara yang juga merasmikan Pusat Sumber Sekolah dan Skim Tuisyen Felda. Majlis bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 6.30 petang.




lebih banyak gambar di sini

Acara: Perasmian PSS Sempena Mesyuarat PIBG

Pada 8 Mac sekitar jam 3 hingga 4 akan berlangsung majlis perasmian PSS oleh YB Senator Pn. Hjh. Noriah binti Mahat (A.M.N, P.P.N, P.I.S) Ahli Dewan Negara. Siaran langsung secara web boleh diikuti melalui web sekolah.

Siaran langsung telah berakhir. Untuk streaming semasa sila ke sini

Wednesday, March 7, 2012

Acara: Program Minggu Anti Dadah

Pada 7 Mac telah berlangsung program Anti Dadah yang dikenali sebagai program rahsia. Program ini berlangsung dengan dua slot ceramah iaitu daripad pihak AADK dan Jabatan Kesihatan

 
  


lebih banyak gambar selepas

Tuesday, March 6, 2012

Acara: Ceramah Anti Dadah

Pada 6 Mac 2012 bersempena dengan Minggu Anti Dadah, satu ceramah Anti Dadah diadakan di SMK Maokil. Ceramah disampaikan oleh ASP Chandran a/l Rajamanikam dari IPD Muar. Semoga pelajar mengambil iktibar dan pengajaran dari setiap maklumat yang disampaiakan. Dadah musuh jiwa, bangsa dan negara.




 lebih banyak gambar selepas

Monday, March 5, 2012

Acara: Perasmian Minggu Anti Dadah

Pada 5 Mac 2012 telah berlangsung Pelancaran Minggu Anti Dadah. Majlis dirasmikan oleh tuan pengetua, Puan Hjh. Noor Hashimah binti Hj. Hassan. Program ini akan berlangsung selama seminggu dengan pelbagai aktiviti di antaranya Program Lima Minit Anti Dadah, Pertandingan Poster, Pertandingan Sudut PPDA Kelas, Ujian Urin dan ceramah-ceramah anti dadah.

Dadah musuh negara. Jauhi dadah; hidup berwawasan menghalang kita daripada terjerumus dengan dadah.




lebih banyak gambar di sini

Saturday, March 3, 2012

Acara: Sambutan Maulidur Rasul 1433H

Pada 3 Mac 2012 bersamaan 10 Rabiulakhir 1433H telah berlangsung majlis sambutan Maulidr Rasul peringkat sekolah. Majlis diserikan dengan kehadiran penceramah Imam Muda Nazrul Izwan bin Zolkiflee yang juga bekas pelajar SMK Maokil. Tetamu lain yang hadir di antaranya YDP PIBG SMK Maokil, Tn. Hj. Saadon bin Jonit dan Pengurus Felda Maokil 1, Kamarulzaman bin Nordin. Majlis berlangsung dengan jayanya bermula dengan persediaan sehari sebelum majlis. Sesungguhnya, persefahaman dan kesepakatan adalah asas kepada kesepakatan ummah.





lebih banyak gambar di sini

Friday, March 2, 2012

Acara: Rewang Maulidur Rasul

Pada 2 Mac 2012 telah berlangsung rewang maulidur rasul bagi persiapan-persiapan sebelum majlis keesokan harinya. Acara disertai pelajar, guru, pihak masjid dan jawatankuasa PIBG.




lebih banyak gambar di sini

Wednesday, February 29, 2012

Acara: Kursus Kemahiran Bertutur Koperasi anjuran Angkasa

Pada29 Februari 2012 telah berlangsung Kursus Kemahiran bertutur anjuran koperasi sekolah dengan kerjasama Angkasa. Kursus ini disertai pelajar-pelajar tingkatan 4 SMK Maokil dan dikendalikan oleh pegawai pelajaran Angkasa iaitu En. Hasbullah bin Hamdin. Para pelajar dibimbing bertutur dalam cara yang betul dan lebih yakin. Kursus bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.




lebih banyak gambar di sini

Acara: Penjurian Anugerah PSS Peringkat Kedua

Pada 28 Februari PSS sekali lagi dipantau oleh juri-juri kali ini daripada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor untuk menentukan tempat dalam kedudukan 3 terbaik bagi Anugerah PSS terbaik Luar Bandar Peringkat Negeri Johor. SMK Maokil merupakan salah sebuah sekolah yang tersenarai dalam senarai 4 sekolah terbaik PSS Luar Bandar peringkat pertama. Apakah keputusannya? Kita nantikan sahaja dalam masa terdekat ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada unit PSS yang diketuai Cik Wan Zarina binti Wan Ismail.




lebih banyak gambar di sini

STATUS TERKINI FB SMK MAOKIL