Thursday, September 29, 2011

Berita:2011 Sememangnya Tahun Gemilang Buat SMK Maokil

Tahun 2011 belum pun berakhir namun kejayaan demi kejayaan diperolehi SMK Maokil dan terbaru datangnya dari anak-anak didik Cikgu Nadiah. Kali ini kejayaan tersebut sangat bermakna kerana kejayaan yang ditempa merupakan kejayaan di peringkat kebangsaan dan selanjutnya akan diteruskan ke peringkat antarabangsa pada satu tarikh yang belum diketahui. Berikut adalah petikan dari laman web Jabatan Pelajaran Johor

"

22 September 2011 – Sepang : Pasukan daripada SMK Maokil, Labis, Segamat  telah dinobatkan sebagai pemenang dalam pertandingan Projek Inovasi Sains dan Kejuruteraan INTEL-ISEF bersempena Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Kebangsaan 2011. Projek mereka yang bertajuk “Cassava Stem Core As Heat Insulator” telah berjaya dalam persaingan 15 projek berkumpulan yang terpilih dalam pertandingan kali ini.


Kegigihan dan kesungguhan guru dan pelajar SMK Maokil yang tidak pernah kenal erti putus asa dan kegagalan sewajarnya menjadi teladan kepada semua sekolah di Johor. kejayaan ini dapat menjadi teladan dan pendorong kepada kejayaan yang lebih besar kepada pelajar SMK Maokil, sekolah-sekolah luar bandar dan Johor amnya.
Kejayaan Pasukan Solar Boat daripada SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian dan Pasukan Saintis Muda Sekolah Rendah daripada SK  Taman Daya, Johor Bahru (PPD Pasir Gudang) mendapat tempat ketiga dalam pertandingan masing-masing juga membaggakan.
Jabatan ini merakamkan ucapan syabas dan tahniah atas kejayaan-kejayaan ini yang secara langsung mengangkat nama Johor dalam peta penyelidikan sains dan inovasi di sekolah-sekolah di negara ini.

"
 
 Tahniah sekali lagi. Semoga berjaya di Los Angeles, California, United States.. =)


3 comments:

  1. tahniah cikgu nadiah... U mmg GURU CEMERLANG... mmg layak U dinobatkan ... kegigihan dan kesungguhan cikgu nadiah dari dulu lg... salam dari sahabat karib lama

    ReplyDelete
  2. Terharu dan amat membanggakan.. Tahniah cikgu! Dan adik-adik sekalian yang telah membanggakan warga maokil.. U are da best //x-student2006/// .

    ReplyDelete

STATUS TERKINI FB SMK MAOKIL