Thursday, September 29, 2011

Umum: Idea Muka Hadapan Majalah Sekolah 2011

Kepada sesiapa sahaja termasuk bekas pelajar anda dialu-alukan untuk berkongsi idea merekacipta muka hadapan majalah sekolah 2011 (Aspirasi 2011). Hantarkan idea anda kepada Cikgu Zainal secara terus atau melalui Hubungi Saya dalam bentuk artwork digital sebenar, lakaran, draf dan sebagainya untuk diolah semula.

Berita:2011 Sememangnya Tahun Gemilang Buat SMK Maokil

Tahun 2011 belum pun berakhir namun kejayaan demi kejayaan diperolehi SMK Maokil dan terbaru datangnya dari anak-anak didik Cikgu Nadiah. Kali ini kejayaan tersebut sangat bermakna kerana kejayaan yang ditempa merupakan kejayaan di peringkat kebangsaan dan selanjutnya akan diteruskan ke peringkat antarabangsa pada satu tarikh yang belum diketahui. Berikut adalah petikan dari laman web Jabatan Pelajaran Johor

"

22 September 2011 – Sepang : Pasukan daripada SMK Maokil, Labis, Segamat  telah dinobatkan sebagai pemenang dalam pertandingan Projek Inovasi Sains dan Kejuruteraan INTEL-ISEF bersempena Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Kebangsaan 2011. Projek mereka yang bertajuk “Cassava Stem Core As Heat Insulator” telah berjaya dalam persaingan 15 projek berkumpulan yang terpilih dalam pertandingan kali ini.


Kegigihan dan kesungguhan guru dan pelajar SMK Maokil yang tidak pernah kenal erti putus asa dan kegagalan sewajarnya menjadi teladan kepada semua sekolah di Johor. kejayaan ini dapat menjadi teladan dan pendorong kepada kejayaan yang lebih besar kepada pelajar SMK Maokil, sekolah-sekolah luar bandar dan Johor amnya.
Kejayaan Pasukan Solar Boat daripada SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian dan Pasukan Saintis Muda Sekolah Rendah daripada SK  Taman Daya, Johor Bahru (PPD Pasir Gudang) mendapat tempat ketiga dalam pertandingan masing-masing juga membaggakan.
Jabatan ini merakamkan ucapan syabas dan tahniah atas kejayaan-kejayaan ini yang secara langsung mengangkat nama Johor dalam peta penyelidikan sains dan inovasi di sekolah-sekolah di negara ini.

"
 
 Tahniah sekali lagi. Semoga berjaya di Los Angeles, California, United States.. =)


Saturday, September 10, 2011

Perkembangan: Netbook 1Malaysia

Tahniah kepada semua penerima netbook 1Malaysia. Gunakanlah keistimewaan yang diberi dengan berhemah. Kepada sesiapa yang menerima gelombang wifi sekolah, anda dialu-alukan untuk menggunakan kemudahan ini samada di rumah(jika menerima gelombang) atau jika berada di sekitar sekolah. Makliumat SSID wifi sekolah:

SSID:                     SMK MAOKIL<NETBOOK 1M BLEH TRY>
PASSWORD:        sayaanakmalaysia
TEMPOH BUKA: 24jam hujung minggu ini sahaja (Sabtu dan Ahad)

Gunakan internet dengan berhemah.

Wednesday, September 7, 2011

Perkembangan: Pembinaan Dewan SMK Maokil (14 Gambar)

Dewan SMK Maokil masih lagi dalam proses pembinaan. Mengikut jadual 'terbaru', dewan ini dijangka siap sekitar Oktober 2011. Berikut adalah gambar-gambar yang terkini dan eksklusif  =p Lagi gambar selepas baca selanjutnya





Umum: Salam Aidilfitri

Blog SMK Maokil ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia umumnya dan kepada warga Felda Maokil khususnya. Semoga lebaran ini menjadikan kita semua insan yang mensyukuri setiap nikmatNya.


p/s:bulan Ogos adalah bulan yang sangat sibuk dengan pengurusan sekolah.

STATUS TERKINI FB SMK MAOKIL