Friday, August 12, 2011

Umum: Padang Sekolah Dahulu dan Sekarang

Padang sekolah adalah di antara kawasan sekolah yang banyak memberi kenangan kepada para pelajar. Sebenarnya pada ketika sekolah dibuka padang telah disediakan tetapi tidaklah dalam keadaan sempurna. Para pelajar SMK Maokil, guru-guru dan ibu bapa bergotong royong menyiapkan padang. Sila lihat foto di bawah.




Itu cerita dahulu. Bagaimana keadaan padang sekolah pada hari ini? Sudah semestinya lebih baik. Akan tetapi apa yang admin ingin ketengahkan adalah kita kadang kala lupa asal usul kita. Jika ditunjukkan gambar-gambar awal penempatan Felda Maokil, pasti ramai yang tidak menyangka pada hari ini keadaannya adalah sejuta kali lebih baik. Admin sendiri merupakan anak Felda Maokil. Mengikuti bapa berpindah dari Kuala Lumpur ke Felda Maokil. Ketika baru berpindah, tidak ada elektrik dan air malahan di belakang rumah admin terdapat sistem paip zaman jepun yang tidak lagi berfungsi. Mujur di sebelah rumah terdapat sungai yang pada ketika itu airnya sangat jernih dan bersih (hari ini jika diminum boleh meninggal dunia). Kita kembali kepada fokus posting ini. Berikut adalah gambar padang pada hari ini.




Apabila menggunakan tandas, ingatlah bahawa setiap paip, pintu dan pelbagai lagi kelengkapan dalam tandas itu ingatlah bahawa ada orang yang bersusah payah memasangnya. Apabila menggunakan padang, ingatlah bahawa abang-abang andalah yang juga bersusah payah menebas semak dan meratakannya satu ketika dahulu.

1 comment:

  1. Rindunya nak berlari2 di padang ni mcm dulu. Sy antara generasi pertama smk maokil ;)

    ReplyDelete

STATUS TERKINI FB SMK MAOKIL