Friday, August 12, 2011

Umum: 5 Perkara Menarik Tentang Facebook Sekolah Menengah Maokil

Ada yang tahu, ada yang tidak. Berikut 5 perkara menarik mengenai laman Facebook Sekolah Menengah Maokil


1. Nama sekolah yang sebenarnya salah =P

sepatutnya sekolah menengah kebangsaan maokil atau sekurang-kurangnya SMK Maokil. Tahukah anda bahawa dalam daftar sekolah di Malaysia SMK Maokil sebenarnya SMK (LKTP) Maokil. Sebelum ini bandarnya adalah Chaah dan kini Labis.



2. Direka oleh seorang bekas pelajar dan diselenggara bersama 3 orang guru. Siapa mereka? Carilah sendiri ye..

3. Tidak boleh dicari dengan mudah menggunakan fb search jika tidak tahu nama page yang sebenar (Sekolah Menengah Maokil)


4. Bermula dengan 1 like kini ada 914 like



5. Imam Muda Nazrul adalah salah seorang ahli. Beliau ada memberi komen tentang gambar namun pada ketika itu beliau belum popular. Bayangkan pada ketika itu beliau popular, mesti komen beliau menjadi perhatian bukan?=P

Umum: Padang Sekolah Dahulu dan Sekarang

Padang sekolah adalah di antara kawasan sekolah yang banyak memberi kenangan kepada para pelajar. Sebenarnya pada ketika sekolah dibuka padang telah disediakan tetapi tidaklah dalam keadaan sempurna. Para pelajar SMK Maokil, guru-guru dan ibu bapa bergotong royong menyiapkan padang. Sila lihat foto di bawah.




Itu cerita dahulu. Bagaimana keadaan padang sekolah pada hari ini? Sudah semestinya lebih baik. Akan tetapi apa yang admin ingin ketengahkan adalah kita kadang kala lupa asal usul kita. Jika ditunjukkan gambar-gambar awal penempatan Felda Maokil, pasti ramai yang tidak menyangka pada hari ini keadaannya adalah sejuta kali lebih baik. Admin sendiri merupakan anak Felda Maokil. Mengikuti bapa berpindah dari Kuala Lumpur ke Felda Maokil. Ketika baru berpindah, tidak ada elektrik dan air malahan di belakang rumah admin terdapat sistem paip zaman jepun yang tidak lagi berfungsi. Mujur di sebelah rumah terdapat sungai yang pada ketika itu airnya sangat jernih dan bersih (hari ini jika diminum boleh meninggal dunia). Kita kembali kepada fokus posting ini. Berikut adalah gambar padang pada hari ini.




Apabila menggunakan tandas, ingatlah bahawa setiap paip, pintu dan pelbagai lagi kelengkapan dalam tandas itu ingatlah bahawa ada orang yang bersusah payah memasangnya. Apabila menggunakan padang, ingatlah bahawa abang-abang andalah yang juga bersusah payah menebas semak dan meratakannya satu ketika dahulu.

Pengumuman: Peperiksaan Kendalian sekolah Menengah 3

Dalam kemuliaan dan kebesaran bulan Ramadhan dan di ambang Syawal diharap para pelajar tidak mengabaikan pelajaran. Peperiksaan kembali lagi. Diharap para pelajar SMK Maokil sentiasa mengulangkaji pelajaran lebih-lebih lagi pada hujung minggu ini. PKSM 3 SMK Maokil akan bermula Isnin ini, 15 Ogos 2011. Selamat mengulangkaji!

JADUAL PKSM 3 MENENGAH RENDAH
TARIKH
MATAPELAJARAN
MASA
ISNIN
15 OGOS 2011
PENDIDIKAN ISLAM
8.10 am -10.10 am
BAHASA MELAYU
10.30 am -11.30 am
MATEMATIK
11.40 am -12.40 pm
BAHASA INGGERIS 2
12.50 pm -2.20 pm
SELASA
16 OGOS 2011
SEJARAH
7.40 am -8.40 am
SAINS
9.10 am -10.10 am
PENDIDIKAN SIVIK
10.30 am -11.30 am
KEMAHIRAN HIDUP
11.40 am -12.40 pm
PENDIDIKAN SENI
12.50 pm -1.50 pm
RABU
17 OGOS 2011
BAHASA INGGERIS 1
7.40 am -8.40am
PENDIDIKAN JASMANI
9.10am-10.10am
GEOGRAFI
10.35am-11.50am
  

JADUAL PKSM 3 MENENGAH ATAS

TARIKH
MATAPELAJARAN
MASA
ISNIN
15 OGOS 2011
BAHASA MELAYU
8.15am-10.50am
FIZIK/SAINS
11.11am-12.40pm
BAHASA INGGERIS
12.50pm-2.20pm
SELASA
16 OGOS 2011
PENDIDIKAN SENI VISUAL
7.40am-8.40am
MATH. TAMBAH/TASAWWUR
9.20am-10.50am
PENDIDIKAN ISLAM
11.50am-1.50pm
RABU
17 OGOS 2011
KIMIA/MPV/PERDAGANGAN
7.40am-9.10am
MATEMATIK
9.20am-10.50am
PENDIDIKAN JASMANI
11.20am-12.20pm
PENDIDIKAN SIVIK
12.50pm-1.50pm
KHAMIS
18 OGOS 2011
BIOLOGI
7.40am-9.40am
SEJARAH 1
9.50am-10.50am
SEJARAH 2
11.20am-1.50pm

Ulasan Berita: Berhati-hati membeli juadah di bazar Ramadhan

Apakah juadah berbuka anda hari ini? Dibeli atau dimasak sendiri? Jika beli baca petikan suratkhabar Bharian Online ini:

"

Murid mati makan juadah berbuka
Oleh Norrasyidah Arshad

2011/08/10

Enam turut alami muntah, cirit birit

MERU: Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dekat sini, meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di Taman Seri Mewah di sini, petang Ahad lalu.

Selain Nurdini Mohamad Ali, 11, hampir seluruh ahli keluarganya turut mengalami simptom sama sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas memakan juadah sama.
Mereka ialah ibunya, Noraliti Ramli, 37, yang kini hamil lima bulan, dan empat abangnya, Mohammad Syafiq, 14; Mohammad Irfan, 13; Mohammad Fitri, lapan dan Mohammad Hazimi, tiga tahun serta pembantu rumah dikenali sebagai Pati.

Mohammad Irfan dan Mohammad Fitri turut disyaki dijangkiti penyakit taun, manakala Mohammad Hazimi menghidap demam denggi.

Bapa mangsa, Mohamad Ali Khir, 37, yang ditemui di HTAR, berkata jam 6.10 pagi kelmarin, beliau ke bilik air dan terdengar bunyi dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air.

“Sebaik membuka pintu bilik air, saya terkejut melihat Nurdini dalam keadaan terlentang dengan mata terbeliak dan mulutnya berbuih,” katanya.

Mohamad Ali yang tidak dapat menahan sebak, berkata Nurdini meminta air batu campur (ABC) dan otak-otak sejak awal Ramadan lagi, tetapi hanya Ahad lalu beliau berkesempatan membeli juadah berkenaan.
“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah itu, perut saya mula berasa tidak selesa dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah serta cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air.

“Sebaik melihat keadaan Nurdini yang semakin teruk, saya membawanya ke HTAR tetapi sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.



Ahli keluarganya yang lain dibawa ke hospital sama dengan bantuan jiran.

Mohamad Ali berkata, biarpun beliau turut mengalami simptom sama, beliau menggagahkan diri dan tidak mahu dirawat di hospital kerana tiada siapa untuk menguruskan jenazah anaknya.

Jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, selepas Zuhur, petang kelmarin.

Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan yang disyaki tercemar, Mohammad Ali berkata beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi menasihati peniaga bazar Ramadan mengambil iktibar dan berhati-hati ketika mengendalikan makanan yang dijual supaya kejadian menimpa keluarganya tidak berulang"







Semoga sihat selalu dan sentiasa beringat. Salam ramadhan.
Sumber : BHarian

Wednesday, August 10, 2011

PKSM 1 draft



SELAMAT MENDUDUKI PKSM 1. USAHA HARI INI MENCORAKKAN MASA HADAPAN ANDA.

Pengumuman: 11 Ogos 2011, Khamis

1. Sesi Fotografi
Tarikh                   :11 Ogos 2011
Masa                    :8.00pg hingga 9.00pg
Tempat                 :Kawasan Perhimpunan
Aktiviti                  :Sesi Bergambar Pelajar Tingkatan 5 dan 3
Kum. Sasaran       : Pelajar Tingkatan 5 dan 3
Catatan                 :Pastikan pakaian sekolah lengkap


2. Pencerapan SPSK
Tarikh                   :11 Ogos 2011
Masa                    :Sepanjang hari
Tempat                 :Seluruh kawasan sekolah
Aktiviti                  :Pencerapan SPSK oleh PPD
Kum. Sasaran       :Semua warga SMK Maokil terutamanya pengurusan dan guru
Catatan                 :







Berita: Lawatan TPM Ke SMK Maokil

Pada 6 Ogos 2011 Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin din Haji Mohd Yassin telah melawat SMK Maokil. Lawatan bertujuan memberi penghargaan kepada sekolah kerana telah mengharumkan nama Parlimen Pagoh setelah berjaya mendapat anugerah Sekolah Bestari Felda 2011 pada 7 Julai 2011 di Jengka Pusat, Pahang semasa Sambutan Hari Peneroka Kebangsaan. Lawatan beliau juga bertujuan menyampaikan anugerah tokoh pelajar dan pelajar cemerlang SPM 2010. Sememangnya 2011 merupakan tahun gemilang buat SMK Maokil.





Berita:Sesi Bergambar Yang Lalu

Berikut adalah beberapa gambar yang telah diambil sepanjang tempoh sesi bergambar yang lalu.




Salam Ramadhan Al-Mubarak

Belum terlambat kiranya jika admin mengucapkan salam Ramadhan kepada semua warga SMK Maokil khususnya dan umat Islam amnya. Semoga Ramadhan ini penuh bermakna dan amalan berganda.

Hari Pertama BlogSMKMaokil

Salam sejahtera dan salam mesra. Oleh kerana penggunaan wifi di Felda Maokil khususnya telah meluas, blog ini diwujudkan sebagai medium perantara maklumat, hebahan dan sebagainya bagi SMK Maokil. Sebarang cadangan dan lain-lain perkara boleh diajukan terus kepada admin.

Lagu SMK Maokil



KE ARAH KECEMERLANGAN
KAMI SEMUA PUTERA PUTERI
BERIKRAR DAN BERJANJI
BERJAYA DALAM AKADEMIK
KOKURIKULUM DAN JUGA AKHLAK

BERUSAHA
BERSEMANGAT
DENGAN JIWA YANG MURNI

OH PANDANGLAH KE HADAPAN
KITAKAN TEMUI KEMAJUAN
KAMILAH PEWARIS
TUNGGAK MASA HADAPAN
CAPAI CITA YANG MURNI

KEKAL DISIPLIN
PUPUK PERIBADI
BINA MINDA AKHLAK MULIA

SEKOLAH MENENGAH MAOKIL
NAMAMU AKAN DIKENANG
TEKAD TERUS MENYALA
TERUS BERUSAHA
MEMBINA SEKOLAH BERJAYA

MEMBINA

SEKOLAH

BERJAYA

STATUS TERKINI FB SMK MAOKIL