Saturday, December 31, 2011

Umum: Selamat Tahun Baru 2012

Selamat tahun baru! Semoga 2012 memberikan lebih peluang dan ruang buat SMK Maokil untuk terus gemilang


Friday, December 30, 2011

Pengumuman: Jadual Waktu 2012

Sila pilih kelas anda dan jadual bagi kelas akan dipamerkan. Tarikh berkuatkuasa adalah pada 4 Januari 2012. Bersedia dengan alatan dan buku yang sepatutnya pada hari tersebut.

ini adalah jadual lama. Untuk jadual terkini sila ke menu maklumat>jadual waktu atau terus ke sini

Thursday, December 29, 2011

Pengumuman: Makluman 2 Januari 2012

Masih ramai lagi yang keliru berkenaan dengan program-program sebelum buka sekolah. 31 Disember 2011 merupakan tarikh yang baru diisytiharkan sebagai cuti umum di Johor. Maka dengan itu, segala aktiviti yang telah dirancang iaitu pendaftaran pelajar tingkatan 1 dan 4, pra persediaan pelajar tingkatan 2, 3 dan 5 serta penjualan buku dipinda pada tarikh baru iaitu 2 Januari 2012. Berikut adalah makluman jelas (sekali lagi berkenaan program-program yang akan dijalankan pada tarikh baru):

Program 1
Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 dan 4 2012
Tarikh: 2 Januari 2012
Masa : 8.30 pagi
Pelajar berpakaian rasmi.

Program 2
Persediaan Kelas Pelajar Tingkatan 2, 3 dan 5
Tarikh : 2 Januari 2012
Masa  : 10.00 pagi
Pelajar berpakai rasmi.


Program 3
Penjualan Buku Koperasi
Tarikh : 2 Januari 2012 (Pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4)
            3 Januari 2012 (Pelajar Tingkatan 3, 5 dan 4)
Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tgh hari
 
Bil
Item
Qty
TING. 1
TING. 2
TING. 3
TING. 4
TING. 5
1
Buku catatan perhimpunan
1
2.00
2.00
2.00
2.00
2.00
2
Buku Nota 150 ms
4
12.00
12.00
12.00
12.00
12.00
3
Buku Garis Satu
20
16.00
16.00
16.00
16.00
16.00
4
Buku Kotak Kecil
4
3.20
3.20
3.20
3.20
3.20
5
Buku Penulisan
2
6.00
6.00
6.00
6.00
6.00
6
Buku Nota Sains
1
3.00
3.00
3.00
3.00
3.00
7
Buku Nilam BM dan BI
2
4.00
4.00
4.00
4.00
4.00
8
Buku Kerja Math, Sains, BM dan BI dan lain-lain
4
33.00
33.00
33.00
33.00
4A+8.50
33.00
5A+8.50
9
Kertas Graf
1
2.00
2.00
2.00
2.00
2.00
10
Buku Lukisan
1
3.50
3.50
3.50
3.50
3.50
11
Kertas Ujian
2
4.00
4.00
4.00
4.00
4.00
12
Kad Tandas
1
0.50
0.50
0.50
0.50
0.50
13
Set Lencana
1
2.00
2.00
2.00
2.00
2.00
14
Tanda Nama

4.00
4.00
4.00
4.00
4.00
15
Fail Peka Sains
1
1.00
-
-
1.00
-
16
Buku Peraturan Sekolah
1
1.50
-
-
-
-
17
Fail Rekod Prestasi
1
6.00
-
-
-
-
18
Pendaftaran Koperasi

1.00
-
-
-
-
19
Saham Koperasi

5.00
-
-
-
-
20
Buku Rekod Kokurikulum
1
2.00
-
-
2.00
-
21
Kerja kursus PSV SPM
1
-
-
-
-
10.00
22
T-Shirt Sukan
1
15.80
15.80
15.80
15.80
15.80

Jumlah                          

  127.50
111.00
111.00
114.00
4A=122.50
121.00
5A=129.50






Wednesday, December 28, 2011

Umum: Mesyuarat Pertama Guru 2012

 Sesi persekolahan 2012 semakin hampir! Mesyuarat pertama guru diadakan pada 28 Disember 2011. Semoga sesi persekolahan 2012 menjadikan SMK Maokil lebih gemilang.



lagi gambar selepas

Tuesday, December 27, 2011

Pengumuman: Jualan Kelengkapan Sekolah 2012 (Koperasi)

31 Disember Merupakan hari Hol. Jualan Koperasi bagi tarikh 31 Disember 2011 dibatalkan. Berikut adalah tarikh baru jualan buku.

Tarikh: 2 Januari 2012  (Pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4  2012)
           3 Januari 2012  (Pelajar Tingkatan 3, 5 dan sebahagian pelajar Ting. 4)

Masa : 9.00 pg hingga 12.30 tgh hari

Sila rujuk surat untuk senarai harga. Senarai harga akan di muat naik kemudian. Sila maklumkan kepada penjaga/jiran/rakan.


Pengumuman: Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 dan 4 2012

Pendaftaran pelajar baru tingkatan 1 dan 4 SMK Maokil berubah tarikh. Surat siaran sebelum ini adalah terbatal kerana 31 Disember merupakan cuti umum (hari Hol). Berikut adalah tarikh baru pendaftaran:

Tarikh: 2 Januari 2012
Hari   : Isnin
Masa : 8.30 pagi
Pelajar berpakaian lengkap sekolah.

Sila maklumkan/panjangkan kepada ibu bapa/jiran/saudara.


Pengumuman: Pra Persekolahan 2012 Pelajar Tingkatan 2, 3 dan 5

Pelajar tingkatan 2, 3 dan 5 2012 diwajibkan hadir untuk sesi pra persekolahan 2012. Surat siaran yang diberikan sebelum ini adalah terbatal kerana 31 Disember diisytiharkan cuti umum (Hari Hol). Berikut adalah tarikh baru dan butiran pra persekolahan 2012 bagi pelajar tingkatan 2, 3 dan 5.

Tarikh  : 2 Januari 2012
Hari     : Isnin
Masa   : 10.00 pagi
Pakaian: Baju sekolah lengkap

Kehadiran adalah diwajibkan.


Sunday, December 25, 2011

Berita: SMK Maokil akan ke India!

Sekolah yang diwakili Cik Nadiah binti Md Salleh dan 3 orang pelajar akan berangkat ke Jaipur, Rajasthan India. Berikut adalah butiran program:

Nama program : 19th National Children Science Congress ( NCSC 19 )
Tempat            : Jaipur, Rajasthan India
Tarikh              : 27 hingga 31 Disember 2011





Semoga selamat sepanjang perjalanan pergi dan pulang buat pasukan Cik Nadiah.

Friday, December 23, 2011

Berita: CCTVKamera Web Sekolah kini live!

Kini anda boleh menonton live di laman web paparan cctv kamera web acara sekolah. Sila pergi ke page Kamera Web Sekolah. Disaran menggunakan pelayar Chrome dan Firefox sahaja.


Thursday, December 22, 2011

Berita: Keputusan PMR 2011 SMK Maokil

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon. Berikut adalah nama calon yang cemerlang

8A
AMINUDIN BIN KAULAN
NORSUHAILA BINTI MOHD RAHIM
NORSYAHIRA BINTI RUSNI 

7A
NUR LISA AMANI BINTI JOHAN
NOR SAZWANI BINTI ABDUL AZIZ
SYAZWAN FARIZ BIN MAHZIR
MUHAMMAD AMIRUL FAEEZ BIN SUHAIMIN
SITI SAHARAH BINTI SA'IM
SITI NABILAH BINTI MISIRAN
RAMIZAH AMIRA BINTI MOHAMAD
NURUL NABILAH BINTI ANIS

6A
NUR SHYHIRA BINTI JAFFAR LUDIN

*senarai tidak rasmi

Syabas pelajar 8A


lagi gambar selepas baca selanjutnya>>

Tuesday, December 20, 2011

Pengumuman: Keputusan Penilaian Menengah Rendah 2011

Keputusan boleh diambil di sekolah pada 22 Disember 2011, Khamis selepas 10.00 pagi. Calon juga boleh menyemak keputusan masing-masing melalui SMS bermula jam 10.00 pagi juga pada hari tersebut dengan cara


PMR<jarak>NO. KP<jarak>ANGKA GILIRAN dan hantar ke 15888 contoh;

PMR 951010011234 JH069A123
dan hantar ke 15888



Halaman Rasmi SMK Maokil

Blog ini kini ditukar menjadi halaman rasmi bagi SMK Maokil. Capaian masih lagi melalui http://smkmaokil.com. Semoga dengan perubahan ini, lebih banyak informasi dan media dapat dikongsi bersama. Perubahan ini membolehkan halaman sekolah mudah dikemaskini dan boleh dikendali bersama pelajar(yang akan dipilih) dan guru. Nantikan lebih banyak perubahan menjelang 2012!



Thursday, September 29, 2011

Umum: Idea Muka Hadapan Majalah Sekolah 2011

Kepada sesiapa sahaja termasuk bekas pelajar anda dialu-alukan untuk berkongsi idea merekacipta muka hadapan majalah sekolah 2011 (Aspirasi 2011). Hantarkan idea anda kepada Cikgu Zainal secara terus atau melalui Hubungi Saya dalam bentuk artwork digital sebenar, lakaran, draf dan sebagainya untuk diolah semula.

Berita:2011 Sememangnya Tahun Gemilang Buat SMK Maokil

Tahun 2011 belum pun berakhir namun kejayaan demi kejayaan diperolehi SMK Maokil dan terbaru datangnya dari anak-anak didik Cikgu Nadiah. Kali ini kejayaan tersebut sangat bermakna kerana kejayaan yang ditempa merupakan kejayaan di peringkat kebangsaan dan selanjutnya akan diteruskan ke peringkat antarabangsa pada satu tarikh yang belum diketahui. Berikut adalah petikan dari laman web Jabatan Pelajaran Johor

"

22 September 2011 – Sepang : Pasukan daripada SMK Maokil, Labis, Segamat  telah dinobatkan sebagai pemenang dalam pertandingan Projek Inovasi Sains dan Kejuruteraan INTEL-ISEF bersempena Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Kebangsaan 2011. Projek mereka yang bertajuk “Cassava Stem Core As Heat Insulator” telah berjaya dalam persaingan 15 projek berkumpulan yang terpilih dalam pertandingan kali ini.


Kegigihan dan kesungguhan guru dan pelajar SMK Maokil yang tidak pernah kenal erti putus asa dan kegagalan sewajarnya menjadi teladan kepada semua sekolah di Johor. kejayaan ini dapat menjadi teladan dan pendorong kepada kejayaan yang lebih besar kepada pelajar SMK Maokil, sekolah-sekolah luar bandar dan Johor amnya.
Kejayaan Pasukan Solar Boat daripada SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian dan Pasukan Saintis Muda Sekolah Rendah daripada SK  Taman Daya, Johor Bahru (PPD Pasir Gudang) mendapat tempat ketiga dalam pertandingan masing-masing juga membaggakan.
Jabatan ini merakamkan ucapan syabas dan tahniah atas kejayaan-kejayaan ini yang secara langsung mengangkat nama Johor dalam peta penyelidikan sains dan inovasi di sekolah-sekolah di negara ini.

"
 
 Tahniah sekali lagi. Semoga berjaya di Los Angeles, California, United States.. =)


STATUS TERKINI FB SMK MAOKIL